1. Program Laman Raudah
Program Laman Raudah yang dianjurkan oleh Masjid Tepian Putra (“Penganjur”), memberi peluang kepada ahli kariah & pengujung program Laman Raudah Masjid Tepian Putra untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Acara kemuncak program ini adalah Cabutan Bertuah pada 02 Februari 2025, dengan hadiah utama berupa Tajaan Pakej Umrah Kembara oleh Faqih Travel Sdn. Bhd. ("Penaja") untuk seorang pemenang sahaja.
2. Kelayakan Penyertaan
2.1 Kriteria Penyertaan:
Program ini terbuka kepada semua ahli kariah dan pengunjung program Laman Raudah di Masjid Tepian Putra yang:
Beragama Islam.
Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh penyertaan.
Tidak pernah menunaikan ibadah Umrah atau dalam tempoh 10 tahun terakhir.
2.2 Pihak Tidak Layak Menyertai:
Kakitangan Faqih Travel Sdn. Bhd., Salam Hijrah Holiday Sdn. Bhd., rakan strategik, serta ahli keluarga terdekat mereka (pasangan, ibu bapa, anak-anak, dan adik-beradik). (Penaja)
Mana-mana individu atau organisasi yang terlibat secara langsung dalam penganjuran atau pengendalian program ini. (Penganjur)
2.3 Syarat Penyertaan Cabutan Bertuah:
Peserta wajib:
Berdaftar, like, dan follow semua platform media sosial rasmi Faqih Travel Sdn. Bhd.
Memberikan maklumat peribadi yang lengkap dan sahih semasa pendaftaran.
Tidak mempunyai sebarang rekod salah laku atau penglibatan dalam aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang atau norma agama.
3. Tempoh Program
3.1 Program bermula pada 31 Januari 2025 dan berakhir pada 02 Februari 2025 (“Tempoh Program”).
3.2 Penyertaan selepas tarikh tamat tempoh program tidak akan diterima.
4. Penebusan Hadiah
4.1 Pemberitahuan Pemenang:
Pemenang perlu hadir ketika Cabutan Bertuah
Pemenang akan dihubungi melalui nombor telefon atau e-mel yang didaftarkan dalam selepas cabutan bertuah berlangsung untuk proses pendaftaran umrah.
4.2 Tuntutan Hadiah:
Pemenang mesti menuntut hadiah ketika 2hb Februari 2025 selepas dibuat cabutan.
Kegagalan menuntut hadiah akan menyebabkan hadiah terbatal, dan Penganjur dan Penaja berhak memilih pemenang lain.
4.3 Hadiah adalah:
Tidak boleh dipindah milik kepada individu lain.
Tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau hadiah lain dalam apa jua keadaan.
Sah untuk digunakan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Penganjur dan Penaja.
5. Liabiliti dan Penafian
5.1 Penganjur dan Penaja tidak bertanggungjawab terhadap:
Sebarang kerosakan, kecederaan, kemalangan, atau kerugian yang berlaku sebelum, semasa, atau selepas penebusan hadiah atau akibat penyertaan program ini.
Kelewatan, kesilapan, atau kegagalan komunikasi disebabkan oleh faktor di luar kawalan Penganjur dan Penaja.
5.2 Pindaan Terma dan Syarat:
Penganjur dan Penaja berhak meminda, menambah, atau membatalkan mana-mana bahagian terma dan syarat program ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
6. Perlindungan Data Peribadi
6.1 Penggunaan Data Peribadi:
Dengan menyertai program Laman Raudah, peserta bersetuju bahawa data peribadi mereka boleh digunakan untuk:
Pelaksanaan program ini.
Aktiviti promosi dan pengiklanan Penganjur dan Penaja termasuk di platform media sosial, bahan cetakan, atau elektronik.
6.2 Keselamatan Data:
Data peribadi peserta akan disimpan, digunakan, dan dilindungi mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Peserta boleh menarik balik kebenaran penggunaan data mereka pada bila-bila masa dengan menghantar permohonan bertulis kepada Penganjur dan Penaja.